Selangorkini
NASIONAL

Aliran trafik perlahan dari Pantai Timur

SHAH ALAM, 18 FEB: Aliran trafik bergerak perlahan dari arah Pantai Timur menghala ke ibu negara malam tadi, ekoran pertambahan jumlah kenderaan, sempena cuti Tahun Baharu Cina.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata, aliran trafik perlahan sejauh kira-kira 10 kilometer (km) selepas Terowong Genting Sempah menuju ke Plaza Tol Gombak.

Manakala laluan di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 masih terkawal dan lancar, katanya kepada BERNAMA.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad pula berkata di selatan, trafik bergerak perlahan dari Hentian Pedas Linggi ke Port Dickson dan Machap ke Kulai.


Pengarang :