NASIONAL

Visual lama tiada pengumuman PM

KUALA LUMPUR 21 FEB: Astro Awani mengesahkan gambar yang memaparkan laporan bahawa sidang media khas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pukul 11.30 pagi adalah laporan pada tahun 2013.

Tiada pengumuman khas oleh Perdana Menteri pada pukul 11.30 pagi tadi.

Perkara demikian dimaklumkan Astro Awani di laman beritanya hari ini.

Sebelum ini tular berita di media sosial berkenaan pengumuman PM pada hari ini yang dikatakan ada kaitan dengan perkembangan berkenaan Pilihan Raya Umum ke-14.


Pengarang :