PBTSELANGOR

240 peserta meriahkan kejohanan memanah MPAJ

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 15 MAC: Seramai 240 peserta menyertai Kejohanan Memanah Tradisional dan Barebow Piala YDP MPAJ 2018, sebagai galakan memenuhi masa lapang, di Padang Perbandaran MPAJ, baru-baru ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Abd Hamid Hussain berkata, aktiviti dengan kerjasama Archers Studio itu juga sebagai salah satu usaha memerangi masalah sosial, di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan itu.

“Objektif kejohanan ini untuk mempromosikan kejohanan memanah kepada masyarakat Ampang Jaya dan seluruh Selangor.

“Aktiviti ini kian mendapat tempat dalam kalangan orang ramai selain merupakan salah satu amalan sunnah yang amat digalakkan Rasulullah S.A.W.,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Abd Hamid berkata, program itu dijadikan landasan bagi pemanah, di Selangor mengasah bakat sebelum ke peringkat lebih tinggi.


Pengarang :