Selangorkini
Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
PBT SELANGOR

Erat hubungan dua hala MPS dan JKP

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 12 MAC: Program ‘Town Hall Meeting’ anjuran Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bersama Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 24 dalam usaha mengeratkan hubungan disamping mendengar dan melihat permasalahan penduduk setempat.

Timbalan Pengarah Hal Ehwal Korporat, Ahmad Fauzi Ishak berkata, tarikan utama penduduk menghadiri Town Hall Meeting itu bagi membolehkan rakyat boleh bertanya terus kepada pemimpin kawasan.

Katanya, program itu diadakan bersama penduduk Taman Daya, Kepong, di bertempat di Dewan Persatuan Penduduk Taman Daya Kepong, 11 Mac lalu.

“Objektif program ini untuk meningkatkan kefahaman penduduk dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menyelesaikan permasalahan.

“Pengisian utama program ini adalah sesi penerangan serta dialog bersama para penduduk,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Program dipengerusikan Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen disertai Ahli Majlis MPS Zon 24, Fok Wai Mun, KDEB Waste Management, wakil-wakil jabatan MPS serta lebih 100 orang penduduk setempat.

“Pelbagai permasalahan dikemukakan penduduk dan perbincangan dilakukan bersama wakil jabatan antaranya Jabatan Perancang Bandar, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan, Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan, Jabatan Pesuruhjaya Bangunan dan Jabatan Kejuruteraan.

“Antara perkara dibangkitkan termasuk masalah geran strata beberapa apartment di Taman Daya, masalah sampah dan pembersihan serta jalan raya

“Diharap program ini dapat menjadi platform kepada penduduk dan MPS untuk mempunyai hubungan dua hala disamping mewujudkan keprihatinan pihak jabatan terlibat bagi mengambil tindakan sewajarnya terhadap apa yang disuarakan,” katanya.

=EZY=


Pengarang :