SELANGOR

PJ Joran 2018 tawar wang tunai RM20,500

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 1 MAC: PJ Joran 2018 membuka tirai tahun ini dengan menawarkan hadiah wang tunai keseluruhannya sebanyak RM20,500.

Sekretariat Media, Unit Komunikasi Korporat, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam kenyataan memaklumkan, penganjuran kali ke tiga itu diadakan pada 11 Mac bertempat di Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya, Petaling Jaya.

Katanya, program itu merupakan antara usaha Majlis untuk mempromosikan Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya sebagai destinasi beriadah dan menjalankan aktiviti sihat dalam kalangan penduduk sekitar.

“Program ini juga merupakan sebahagian acara utama dalam PJ CAR FREE DAY yang dianjurkan pada hari sama.

“PJ Joran mendapat sambutan yang menggalakan dan jumlah peserta semakin meningkat setiap tahun.

“Dijangka seramai 900 kaki pancing bakal memenuhi tasik berkenaan bagi merebut hadiah keseluruhan RM 20,500,” katanya.

Antara kategori dipertandingkan ialah Kategori Terbuka dan Kategori Khas Ikan Keli.

Yuran penyertaan dikenakan RM40.00 untuk sebatang joran dan pendaftaran boleh dibuat pada 10 Mac 2018 (Sabtu) bermula jam 12.00 tengah hari hingga 10.30 malam di Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya, Petaling Jaya.

Sebanyak 500 baju t-shirt akan diedarkan secara percuma kepada peserta yang terawal selain para peserta berpeluang untuk memenangi kira-kira 40 hadiah cabutan bertuah.

Turut memeriahkan pertandingan PJ JORAN 2018 ini ialah rakan strategik bersama iaitu Oishi Green Tea dan Igloo.

Untuk menyertai PJ JORAN 2018 boleh hubungi urusetia kejohanan di talian 013-2661077, 013-3052811 atau 012-2846811 atau layari laman


Pengarang :