BERITA UTAMASELANGOR

SHRDC platform generasi muda terlibat bidang teknologi tinggi

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SUBANG JAYA, 24 MAC: Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC) mendukung inisiatif Kerajaan Negeri melahirkan tenaga kerja berkemahiran dalam bidang teknologi tinggi.

Komitmen itu dizahirkan secara konsisten bagi menyahut cabaran Kerajaan Negeri untuk lebih bersedia menghadapi cabaran Revolusi 4.0 yang bakal memperlihatkan perbezaan besar tenaga kerja di pasaran, akan datang.

Pegawai SHRDC, Nurul Hanani Azizan berkata, agensi itu kini tampil menyediakan peluang latihan kemahiran kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikuti lanjutan kemahiran secara profesional.

Beliau berkata, program berkenaan ditanggung sepenuhnya Kerajaan Selangor dan institusi berkaitan di peringkat Putrajaya.

“Mereka yang berkelayakan akan dilatih untuk mengikuti latihan kemahiran secara profesional berdasarkan keperluan industri kini.

“Selepas tamat mengikuti latihan dan program, peserta akan menerima sijil kelayakan profesional yang diakui Malaysia Photovoltac Industry Association.

“Jika peserta mempamerkan prestasi kemahiran terbaik, mereka juga berpeluang untuk diserap ke alam pekerjaan.

“Ia memandangkan faktor sebelum ini yang memperlihatkan ramai peserta mudah mendapat pekerjaan selepas tamat program,” katanya kepada SelangorKini.

Antara bidang kemahiran ditawarkan meliputi bidang pengajian Electrical Motot Control System, Advanced PLC Programming, Electro Fluid Power dan CAD.

Sementara itu, orang awam yang berminat untuk mengikuti pengajian boleeh membudat pendaftara di laman sesawang, www.shrdc.org.my atau menghubungi talian 03-55133560 untuk pertanyaan lanjut.

 

=EZY=


Pengarang :