SELANGOR

Jalan ditutup sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan, Ahad ini

OLEH SABIRAH AZIZ

SHAH ALAM, 4 APR: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup sebahagian jalan bagi melancarkan program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan 2018, pada Ahad ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, jalan terlibat adalah Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan), Persiaran Perbandaran, Persiaran Tasik, Persiaran Masjid, Persiaran Dato’ Menteri dan Persiaran Damai mulai jam 6.30 hingga 9.30 pagi.

“Program bermula di Dataran Kemerdekaan itu bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Shah Alam dan akan diadakan pada minggu kedua setiap bulan.

“MBSA menyeru orang ramai supaya tidak menggunakan jalan dinyatakan pada tempoh berkenaan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sentiasa mematuhi arahan dari masa ke masa,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai juga diminta memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif menuju ke destinasi ditujui.


Pengarang :