Photo taken on April 15, 2018 shows firemen tackling a bushfire burning at Voyager Point, south of Sydney. Hundreds of firefighters were battling a large bushfire that burnt near Sydney homes, with authorities saying on April 16, 2018 that it was “miraculous” no homes were damaged and no-one was injured. / AFP PHOTO / CARLOS COUTINHO
GLOBAL

Kebakaran Sydney: Lebih 2,430 hektar hutan musnah, bomba bertungkus lumus

SYDNEY 16 APR: Ratusan anggota bomba berusaha memadam kebakaran belukar berhampiran pinggir bandar ini hari ini, namun tiada rumah musnah atau mangsa cedera dalam kejadian itu menurut pihak berkuasa.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan Polis New South Wales (NSW) sedang menyiasat punca kebakaran belukar di barat daya ibu kota ini yang bermula tengah hari Sabtu disyaki sengaja dimulakan ketika cuaca musim luruh agak panas dengan angin kencang.

Kebakaran itu memusnahkan lebih 2,430 hektar kawasan dengan beberapa penduduk terpaksa berpindah.

“Agak luar biasa insiden kebakaran tidak membabitkan kehilangan nyawa atau hartanah dan semua ini hasil kerja keras perkhidmatan bomba,” kata Pemangku Menteri Perkhidmatan Kecemasan Mark Speakman kepada media hari ini.

Pesuruhjaya Bomba NSW Shane Fitsimmons berkata, satu-satunya laporan kerosakan adalah pagar dan rumah permainan kanak-kanak.

Beliau menambah, beberapa keadaan termasuk musim panas kering menyumbang kepada situasi buruk kebakaran.

SUMBER: AFP

 


Pengarang :