BERITA UTAMASELANGOR

MB: Proaktif tingkat kemudahan rakyat bergerak

OLEH NORHAYATI UMOR

KUALA SELANGOR, 23 APR: Kerajaan Negeri mengambil inisiatif lengkap terhadap perkhidmatan awam di negeri itu bagi memudahkan rakyat bergerak ke satu lokasi ke lokasi lain dengan efisien, selesa, efektif dan selamat

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ketika ini, sambutan diberikan dalam perkhidmatan bas percuma, Bas Smart Selangor amat baik dan menggalakkan.

Katanya, pengguna perkhidmatan bas percuma itu kini mencapai lebih 10,000 pengguna setiap bulan di kedua-dua laluan, daerah Kuala Selangor.

“Saya dimaklumkan perkhidmatan di Kuala Selangor ini cukup menggalakkan hingga mencatatkan lebih 10,000 pengguna setiap bulan.

“Kerajaan Negeri sangat komited menyediakan perkhidmatan awam terbaik dengan efisien, efektif, selesa dan selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian di Program Lawatan Kerja dan Menyantuni Rakyat ke Daerah Kuala Selangor, hari ini.

Mohamed Azmin berkata, lebih 100 bas percuma disediakan Kerajaan Negeri setakat ini di semua Pihak Berkuasa Temptan (PBT) dengan peruntukan RM50 juta.

Terdahulu, Mohamed Azmin merasmikan laluan kedua perkhidmatan itu yang membabitkan laluan Puncak Alam ke MRT Sungai Buloh.

Untuk rekod, pengguna bas percuma ini kini mencecah pengguna lebih 10 juta.

Pada 1 Julai 2015, perkhidmatan Bas Smart Selangor mula beroperasi di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menerusi 11 bas dengan satu laluan masing-masing.

Pada 2016, perkhidmatan berkenaan dikembangkan di lapan PBT lain iaitu Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandara Sepang (MPSP), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

 

 


Pengarang :