SELANGOR

Tiga penjuru di Kuala Langat, Sijangkang & Morib

OLEH NAEEM RAFFI

KUALA LANGAT, 28 APR: Kerusi Parlimen Kuala Langat dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang dan Morib menyaksikan pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU14).

Calon Pakatan Harapan (PAKATAN) bagi Kerusi Parlimen Kuala Langat, Dr Xavier Jayakumar akan ditentang Shahril Sufian Hamdan (BN) dan Datuk Dr Yahya Baba (PAS).

Bagi kerusi DUN Sijangkang pula, Datuk Hamidi Abu Bakar (PAKATAN) akan menentang penyandangnya Dato’ Ahmad Yunus Hairi dari PAS dan Datuk Sulaiman Mohd Karli (BN).

Sementara bagi kerusi DUN Morib, penyandangnya Hasnul Baharuddin (PAKATAN) bakal berdepan Dr Mohd Sallehuddin Hafiz (PAS) dan Rozana Kamarulzaman (BN).

Di kerusi DUN Banting pula, menyaksikan calon PAKATAN, Lau Weng San hanya ditentang calon BN, Ng Siok Hwa.

Penamaan calon bagi PRU14 berlangsung di seluruh negara hari ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tempoh mengemukakan kertas penamaan calon bermula jam 9 pagi sebelum berakhir jam 10 pagi tadi.


Pengarang :