SUKANKINI

UCL: Bayern Munich padam igauan ngeri, tewaskan Sevilla 1-2

OLEH AFIX REDZUAN

GLOBAL, 4 APR: Bayern Munich mengakhiri rekod kekecewaan di Sepanyol apabila menewaskan Sevilla 1-2 pada aksi pertama peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi.

Bagaimanapun, Sevilla terlebih dahulu di hadapan menerusi jaringan Pablo Sarabia pada minit ke-31 selepas melepasi perangkap offside sebelum tenang melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol, Sven Ulreich.

Kegembiraan pasukan tuan rumah tidak lama apabila Bayern berjaya menyamakan kedudukan 1-1 enam minit kemudian apabila Jesus Navas tertampan bola ke gawang sendiri.

Bersambung babak kedua, Thiago Alcantara meletakkan Bayern selesa mendahului 1-2 pada minit ke-64 apabila mudah menampan hantaran Franck Ribery.

Sevilla cuba bangkit sejurus kemudian tetapi gagal mencari gol penyamaan sehingga penghujung permainan.

Keputusan 1-2 memihak Bayern Munich kekal sehingga tamat perlawanan dan kedua-dua pasukan akan bertemu semula di Allianz Arena minggu hadapan.

Kredit Foto: UEFA Champions League


Pengarang :