NASIONAL

Mahkamah tolak rayuan Tian Chua sudah diduga

OLEH HAFIZAN TAIB

BATU CAVES, 4 MEI: Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak rayuan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua tidak melemahkan Pakatan Harapan (PAKATAN) meneruskan perjuangan membela rakyat.

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan mahkamah itu sudah diduga dan bukan sesuatu yang mengejutkan.

“Kita sudah menduga mahkamah akan menolak rayuan itu dan meminta supaya dilakukannya melalui petisyen pilihan raya.

“Keputusan ini tidak melemahkan semangat kita,” katanya.

Beliau berkata, satu keputusan akan dibuat berhubung perkara itu bagi memastikan rakyat terus mendukung perjuangan PAKATAN.

“Kita akan membuat keputusan untuk langkah seterusnya,” katanya memaklumkan akan ke Parlimen Batu, malam ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini membuat keputusan menolak permohonan penyandang Parlimen Batu dari PAKATAN, Tian Chua bagi menyemak semula keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung kelayakannya sebagai calon, di situ.


Pengarang :