SELANGOR

Peluang PAKATAN cerah di Pandan Indah, disokong rakyat

OLEH HAFIZAN TAIB

PANDAN, 2 MEI: Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah dijangka mengalami perubahan dengan mandat rakyat berpindah kepada Pakatan Harapan (PAKATAN)dalam pilihan raya umum ke 14 (PRU14) nanti.

Calon PAKATAN bagi DUN berkenaan, Izham Hashim berkata, pihaknya mendapat respon positif melalui program dijalankan bagi mendekati rakyat dalam kempen PRU kali ini.

“Walaupun akan mendapat saingan sengit daripada pihak lawan tetapi saya yakin dengan sokongan pengundi di sini dengan masyarakat daripada pelbagai peringkat usia dan kaum menunjukkan sokongan kepada kita juga PAKATAN.

“Ia petanda positif untuk PAKATAN di Pandan Indah,” katanya.

Beliau berkata, rakyat jelas memberikan sokongan kepada PAKATAN di Selangor dan pastinya inginkan perubahan menjatuhkan Barisan Nasional (BN) di peringkat Persekutuan.

Katanya, sokongan perlu diberikan kepada PAKATAN supaya dapat membawa perubahan kepada pentadbiran negeri dan negara.

“Mesej kita jelas untuk menggantikan BN dan rakyat memahaminya supaya segala masalah dapat diatasi serta diperbetulkan,” kata Pengerusi AMANAH Selangor itu.

=EZY=


Pengarang :