BERITA UTAMANASIONAL

Tsunami rakyat bakal melanda Ahad ini

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 3 MEI : Malam Semarak Tsunami Rakyat anjuran Pakatan Harapan (PAKATAN) bakal diadakan di Padang Bolasepak AU2, Taman Keramat, Hulu Kelang, pada 6 Mei ini.

Dengan slogan “Tsunami Kian Melanda, Kebangkitan Rakyat Kian Membara” orang ramai berpeluang mendengar amanat dan pesanan akhir pimpinan PAKATAN sebelum hari mengundi, pada 9 Mei.

Malam Semarak Tsunami Rakyat bermula jam 8 malam turut diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti solat Maghrib disusuli bacaan Yassin, solat Hajat dan solat Isya’ berjemaah.

Menariknya, antara pimpinan PAKATAN yang hadir adalah Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali; Pengerusi PAKATAN, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Selain itu, turut hadir Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu; Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamarudin; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Datuk S Ambiga.

Ia turut menampilkan calon Parti Amanah Negara (AMANAH), Nik Omar Nik Abdul Aziz.


Pengarang :