SELANGOR

Ulangi kejayaan Selangor jika urus Putrajaya

OLEH ERMIZI MUHAMAD

BAGAN SERAI, 4 MEI: Pakatan Harapan (PAKATAN) optimis mengulangi kejayaan pentadbiran Selangor dan Pulau Pinang jika diberi peluang memegang tampuk kepimpinan, di Putrajaya.

Naib Presiden gabungan itu, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kejayaan pentadbiran kedua negeri berkenaan mengesahkan kredibiliti pimpinan PAKATAN untuk mentadbir negara ke peringkat lebih baik.

“Perkara ini sukar dilaksanakan jika rakyat tidak mahu membuat perubahan. Kalau kita berani, kita mampu mengulangi kejayaan ini.

“Cuma, syaratnya kita perlu menang dan jika mandat itu diberikan, saya memberi jaminan kebajikan rakyat akan terus diberi keutamaan.

“Perubahan tidak akan menghancurkan kerana perubahan itu sudah dibuktikan dengan jayanya di Selangor dan Pulau Pinang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Minum Petang bersama Masyarakat di Alor Pongsu, Bagan Serai, Perak, semalam.


Pengarang :