AGAMASELANGOR

LZS agih RM35.1 juta bantu fakir, miskin dan mualaf sambut Aidilfitri

OLEH NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 28 JUN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya menyalurkan RM35.1 juta kepada asnaf fakir, miskin dan mualaf di Selangor bagi meraikan Ramadan dan Aidilfitri tahun ini.

LZS menerusi laman facebooknya memaklumkan, daripada jumlah itu RM9.5 juta diagihkan kepada 12,528 asnaf fakir, RM23.5 juta kepada 31,718 asnaf miskin.

Sementara bakinya, RM2.1 juta pula disalurkan kepada 5,777 asnaf mualaf.

“Terima kasih pengeluar zakat, inilah zakat yang sahabat semua keluarkan di LZS.

“Kami salurkan kepada yang memerlukan agar dapat menggembirakan Aidilfitri mereka,” tulisnya.

Untuk rekod, setiap keluarga asnaf terlibat menerima bantuan antara RM500 hingga RM1,000 bergantung kepada tanggungan masing-masing.

 


Pengarang :