ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

MET Malaysia: Amaran angin kencang, laut bergelora

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 18 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) manakala ombak setinggi 3.5 meter (m) bakal melanda kawasan di perairan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang mulai hari ini hingga esok (Selasa).

MET Malaysia dalam kenyataan berkata, keadaan itu amat berbahaya kepada bot-bot kecil serta aktiviti rekreasi dan sukan laut.

Agensi itu juga mengeluarkan amaran kategori kedua bagi aktiviti perkapalan berikutan angin kencang Barat Daya berkelajuan 50 hingga 60 kmsj dengan ombak setinggi 4.5m di kawasan perairan Phuket dan Samui, dalam tempoh yang sama.

Malah, keadaan angin kencang serta laut bergelora adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuklah menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Sumber – Bernama


Pengarang :