NASIONAL

‘Selain sibuk ‘bersihkan’ kerajaan, saya juga mengemas rumah’ – Mohamed Azmin

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 1 JUN: Aidilfitri menjelang tidak lama lagi, pelbagai persiapan sedang dilakukan umat Islam di seluruh dunia, tidak ketinggalan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali turut dilihat sibuk mengemas rumahnya.

Mohamed Azmin dilihat berkongsi gambarnya yang sedang sibuk mengemas melalui laman facebook peribadi miliknya, semalam.

‘Kadangkala saya berehat dari sibuk ‘membersihkan’ kerajaan, dan mengambil peluang mencuci rumah saya sendiri pula,’ tulis Mohamed Azmin melalui akaun facebook peribadinya itu.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu memberitahu gambar beliau sedang sibuk mencuci kasut dan baju itu dimuatnaik melalui akaun twitter oleh anaknya tanpa disedari beliau.

“Bila saya tidak sedar, anak-anak saya muat naik gambar saya ini di akaun twitter saya’,” katanya.

Pengguna laman facebook, Baram Jad melalui ruangan komen berkata, inilah contoh seorang manusia yang beretika.

“Yang Berhormat (YB) mengemas rumahnya, seterusnya dia akan membersihkan negara sekali. Beliau memang seorang yang perlu dicontohi dan semoga beliau dapat membersihkan segala kotoran yang telah menjejaskan ekonomi negara,” katanya.

Pushpa Kaliappan pula berkata, itu adalah sifat lelaki budiman, isteri gembira, anak-anak juga gembira, saya lihat keluarga ini adalah keluarga bahagia.


Pengarang :