SELANGOR

Terus dan suburkan Program World #Quran Hour

OLEH HAFIZAN TAIB

SEMENYIH, 13 JUN: Program World #Quran Hour yang mendapat sambutan di kalangan masyarakat tempatan di sini, wajar diteruskan demi kebaikan semua terutama generasi muda Islam.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Semenyih, Bakhtiar Mohd Nor berkata, program seumpama itu yang menitikberatkan pendidikan Islam harus sentiasa disuburkan di kalangan masyarakat supaya menjadi ikutan dan amalan.

“Ia satu program bagus untuk kita teruskan di kalangan umat Islam khususnya anak muda dan belia.

“Program pembacaan Al-Quran berbentuk pendidikan sebegini memberi panduan amat berguna,” katanya kepada SelangorKini, hari ini.

World #Quran Hour diadakan di Akademik Tahfiz Nur Al- Ilmi, Bandar Tasek Kesuma, Beranang, di sini, baru-baru ini, mendapat sambutan menggalakkan orang awam.

Beliau berkata, pihaknya merakamkan penghargaan kepada semua pihak berkaitan yang menjayakan program berkenaan.


Pengarang :