NASIONAL

Tiada komplot jatuhkan Tun M

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 1 JUN: Ketua Umum Pakatan Harapan (PAKATAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan setengah pihak yang mendakwa dirinya berkomplot menjatuhkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anwar menafikan pertemuan antara dia dan ‘seseorang’ berhubung perkara menguling Tun M itu.

“Saya sangat telus dengan aktiviti saya, termasuk panggilan daripada Datuk Seri Najib Razak dan Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi.

“Saya tetap dengan keputusan menyokong Dr Mahathir,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam temubual AI, terbitan Astro Awani.

Terdahulu, wujud khabar angin mengenai pertemuan beliau dengan ‘orang kanan’ kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bergelar ‘Tan Sri’.

Tidak ada kebenaran di sebalik khabar angin itu, mungkin itu datangnya daripada musuh yang mahu menjejaskan hubungan saya dan Tun Dr Mahathir,” katanya.

AI berdurasi 15 minit bersiaran setiap Khamis, 8.15 malam memberi fokus kepada pandangan dan pendapat Anwar mengenai isu-isu semasa dan dikendalikan oleh Ashwad Ismail.


Pengarang :