BERITA UTAMANASIONAL

Pembukaan Parlimen berlangsung penuh istiadat

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 17 JULAI: Pembukaan Penggal Pertama Majlis Parlimen Ke-14 2018, hari ini berlansung penuh istiadat.

Istiadat itu dirasmikan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Ketibaan baginda pada jam 10 pagi disambut dan diiringi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menuju ke Peterana Diraja.

Sebaik tiba, baginda diberikan hormat diraja oleh Kawalan Kehormat Darjat.

Sejurus itu, tembakan meriam 21 das dilepaskan serentak lagu Negaraku dimainkan Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja.

Baginda kemudian berangkat memeriksa Kawalan Kehormatan sebelum sekali lagi menerima sembah Hormat Diraja.

Istiadat itu diteruskan dengan upacara di dalam Dewan Rakyat.

Baginda selepas itu melafazkan Titah Diraja yang dipersembahkan Tun Dr Mahathir sebelumnya.


Pengarang :