SELANGOR

Program Selangor Prihatin di Kelantan diteruskan dengan peserta baru

OLEH NAZLI IBRAHIM

KOTA BAHRU, 19 OGOS: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) akan meneruskan program agro-ekonomi, Selangor Prihatin dengan pengambilan kedua golongan asnaf selepas berakhirnya sesi pertama 7dijangka pada tahun 2021 nanti.

Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi berkata, beliau tidak menolak kemungkinan untuk menambah bilangan peserta sekiranya sesi pertama berjaya membawa 28 keluarga asnaf terlibat keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Desa Alam Shah ini secara konsepnya menjadi proses latihan asas lapangan, di mana bila orang miskin masuk kita latih selama lima tahun dan berjaya, selepas itu kita latih orang lain pulak, inilah sudut pergerakan kerjanya.

“Akan datang juga melibatkan 28 keluarga kecuali kalau kita nampak projek ini sangat berjaya kita tambah lagi,” katanya kepada media pada sidang media sempena lawatan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bersama rakan media ke Ibu Pejabat MAIK di sini, hari ini.

Dr Nik Mohd Azlan berkata, sebelum ini LZS membelanjakan RM10 juta untuk membangunkan 30 unit rumah dan pelbagai kemudahan infrastruktur seperti surau serta bangunan di Desa Alam Shah, Gong Jenerah.

Katanya, sementara MAIK pula membiaya keperluan lain bagi menjayakan program selama lima tahun itu.

Sebelum ini, LZS menjalankan program agro-ekonomi dengan menempatkan 28 keluarga peserta di Desa Alam Shah, Kampung Jenerah.

Peserta program yang bermula pada 2016 itu turut diberikan seekar tanah untuk diusahakan dengan tanaman cili kulai.

Hasil tanaman yang dipasarkan dengan kerjasama Nestle itu kemudiannya dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu gaji bulanan, modal pusingan untuk musim tanaman berikut dan simpanan tetap peserta.

Selepas tamat tempoh ima tahun yang ditetapkan, wang simpanan tetap itu akan diserahkan kepada peserta bagi membolehkan mereka memulakan tanaman cili secara


Pengarang :