GLOBAL

Taufan Yagi: Lebih 200,000 penduduk berpindah

BEIJING, 13 OGOS: Lebih 200,000 penduduk dipindahkan selepas taufan membadai pantai timur China , semalam.

Taufan yang dikenali sebagai Yagi itu melanda wilayah Zhejiang malam tadi membawa angin sehingga 102 kilometer sejam.

“Sejumlah 204,949 penduduk di 10 bandar raya, termasuk Taizhou, Zhoushan dan Wenzhou sudah dipindahkan dan hampir 21,000 bot nelayan diarah berpatah balik ke pelabuhan,” kata agensi berita rasmi Xinhua yang memetik ibu pejabat kawalan banjir wilayah itu.

Xinhua turut melaporkan, taufan itu juga dijangka membawa hujan lebat, namun beransur-ansur lemah apabila bergerak ke kawasan pedalaman di bahagian barat laut.

Musim panas adalah musim taufan di China, namun angka korban semakin berkurangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini hasil perancangan dan pemindahan awal dari zon berbahaya. – Reuters

Foto Kredit – chinadaily.com.cn


Pengarang :