GLOBAL

Trump calon Bishop Timbalan Pengarah CIA baharu

WASHINGTON 2 OGOS: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mencalonkan seorang penganalisis kanan Agensi Perisikan Pusat (CIA) bersara, sebagai timbalan pengarah baru agensi perisikan itu, kata Rumah Putih hari ini.

Kenyataan itu menyebut, Trump yang sering mempersoalkan penilaian agensi perisikan AS berhubung campur tangan Russia dalam pilihan raya 2016 yang memihak kepada beliau, mencalonkan Vaughn Bishop sebagai orang kedua terpenting di agensi berkenaan selepas Pengarah CIA, Gina Haspel.

 

Senat perlu mengesahkan perlantikan Bishop, yang berasal dari Indiana dan bersara dari agensi itu pada 2011 selepas 30 tahun berkhidmat.

Beliau pernah menjadi penganalisis kanan agensi itu untuk Afrika dan naib pengerusi Majlis Perisikan Negara, yang menghasilkan penilaian rahsia untuk presiden.

Selepas bersara, Bishop bertugas sebagai perunding untuk inisiatif penyusunan semula CIA.

SUMBER: REUTERS


Pengarang :