SELANGORSUKANKINI

Aidil juara pertama Mini Cub Prix KBS

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 17 SEPT: Pelumba cilik dari Selangor, Mohamad Aidil Mohd Ayub muncul juara pertama siri perlumbaan Mini Cub Prix KBS dengan mendominasi kedua-dua perlumbaan akhir kategori Junior pada saingan pusingan pertama berakhir di MAEPS, Serdang, Selangor, semalam.

Pelumba berusia 12 tahun itu beraksi cemerlang menamatkan 14 pusingan Perlumbaan 1 dengan masa keseluruhan 9’37.365s seterusnya Perlumbaan 2 (9’38.370s) secara bersendirian tanpa diberi tentangan sengit pelumba lain.

Muhammad Farish Iqmal Khayrul Elyas muncul naib juara Perlumbaan 1 dengan masa 9:49.122s diikuti Nabil Abdul Rahman (9:49.263s) manakala Muhammad Alif Izwan Samsul Fakry naib juara Perlumbaan 2 (9:46.219s) sambil Muhammad Farish Iqmal sekali lagi meraih podium menduduki tempat ketiga (9:52.968s).

“Saya gembira dengan kemenangan ini selepas menjalani banyak latihan sebagai persediaan untuk perlumbaan minggu ini,” kata Aidil.

Pada masa sama, pelumba itu berharap dapat meneruskan aksi cemerlang pada perlumbaan akan datang bagi merealisasikan hasratnya beraksi secara profesional dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2019.

Perlumbaan Mini Cub Prix KBS adalah antara program pembangunan sukan permotoran dijalankan Kementerian Belia dan Sukan bersama Kejuaraan Cub Prix Malaysia di mana pelumba akan bersaing merebut hadiah biasiswa dan slot automatik dalam perlumbaan satu pengeluar Honda dan Yamaha musim 2019.

Selain kategori Mini Cub Prix KBS Junior, tiga kategori sampingan turut berlangsung iaitu kategori Kidz (enam – sembilan tahun), Kadet (10 – 11 tahun) dan Terbuka (enam – 12 tahun).

Pusingan kedua Mini Cub Prix KBS akan berlangsung di Kuala Terengganu, Terengganu pada 5 dan 6 Oktober ini.

KLINIK CUB PRIX KBS JUNIOR

Perlumbaan 1

1. Mohamad Aidil Bin Mohamad Ayub (SGR) 9:37.365s

2. Muhammad Farish Iqmal Bin Khayrul Elyas (JHR) 9:49.122s

3. Nabil Bin Abdul Rahman (JHR) 9:49.263s

Perlumbaan 2

1. Mohamad Aidil Bin Mohamad Ayub (SGR) 9:38.370s

2. Muhammad Alif Izwan Bin Samsul Fakry(KUL) 9:46.219s

3. Muhammad Farish Iqmal Bin Khayrul Elyas (JHR) 9:52.968s

Kedudukan Keseluruhan

1 Mohamad Aidil Bin Mohamad Ayub (SGR) 50 mata

2. Muhammad Farish Iqmal Khayrul Elyas (JHR) 36 mata

3. Muhammad Alif Izwan Samsul Fakry (KUL) 33 mata

Kategori Terbuka

1. Muhammad Hakim Danish Bin Ramly 7:42.863s

2. Mohamad Aidil Bin Mohamad Ayub 7:46.763s

3. Qabil Irfan Bin Azlan 7:57.194s

Kategori Kadet

1. Muhammad Hakim Danish Ramly 6:34.471s

2. Muhammad Haziq Hakimy Kamaruddin 6:50.383s

3. Muhammad Farish Hafiy Farid Sezli 6:50.460s

Kategori Kidz

1. Qabil Irfan Bin Azlan 5:40.167s

2. Muhammad Adib Arsyad Bin Hisyam 5:46.071s

3. Muhamad Iqmal Firdaus Kamalruzzaman 5:53.545s


Pengarang :