SELANGOR

Jangan amal politik sempit – Sultan Sharafuddin

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 3 SEPT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya Ahli Dewan Negeri (ADN) tidak mengamalkan politik sempit.

Baginda bertitah, politik sempit hanya menyumbang kebencian, fitnah dan menimbulkan salah faham di antara satu sama lain.

“Beta mendoakan persidangan kali ini akan lebih bersifat kesetiaan kepada Selangor, patriotik, harmoni dan memupuk semangat muafakat dalam kalangan ADN tanpa mengira bangsa serta agama,” titah baginda ketika Upacara Perasmian Sidang Dewan Negeri Selangor kali ke-14, hari ini.

Pada masa sama, Sultan Sharafuddin turut berkenan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan agensi keselamatan yang bekerja keras memastikan pilihan raya umum lalu berjalan lancar.

“Beta berdoa semoga Selangor dan seluruh rakyat beta terus mendapat perlindungan Allah SWT dan sentiasa berusaha menjamin keamanan serta kemakmuran yang dapat diwariskan kepada generasi seterusnya,” katanya.


Pengarang :