SELANGORSUKANKINI

Khairil Aslan berjaya kibar bendera Selangor di Gunung Stok Kangri, India

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 16 SEP : Peserta Ekspedisi Solo Merdeka Anak Muda Gombak (AMG) ke Himalaya, Khairil Aslan Ab Rasid, 43 akhirnya berjaya mengibarkan bendera Negeri Selangor di puncak Gunung Stok Kangri, di India.

Kejayaan Khairil itu turut mendapat perhatian Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari sekali gus menzahirkan ucapan tahniah kepada Ikon AMG itu.

Amirudin berkata, Khairil telah berjaya mendaki Stok Kangri berketinggian 6153 meter sekaligus melengkapkan misi pendakian tiga puncak beliau.

“Kejayaan ini beliau dedikasikan kepada semua rakyat Malaysia sempena Hari Malaysia ini. Syabas!,” katanya melalui laman twitter peribadinya, hari ini.

Khairil sebelum ini mendapat sokongan penuh Kerajaan Negeri termasuk Amirudin untuk memulakan pendakian menawan tiga puncak iaitu Gunung Stok Kangri setinggi 6,153 meter, Gunung CB14 (6,045 meter) dan Gunung CB13 (6,264 meter), pada 27 Ogos lalu.

Amirudin berkata, usaha yang dijalankan Khairil Aslan akan menjadi kebangaan Selangor dan wajar dicontohi golongan belia, seluruh negara.

 

 


Pengarang :