Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
PBTSELANGOR

MPSJ cadang laluan alternatif ke USJ

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 8 SEPT: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mencadangkan tiga laluan alternatif kepada pengguna jalan raya menuju ke USJ, ekoran penutupan Jalan Arah Klang susulan pengurusan lalu lintas di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dengan Persiaran Kewajipan, bermula 18 Ogos lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik​​​​nya, Azfarizal Abdul Rashid berkata, jalan alternatif itu membabitkan kenderaan dari arah Lapangan Terbang Subang dan Lebuhraya Baru Lembah Klang melalui Kelana Link turun ke Bulatan Kewajipan terus Persiaran Tujuan serta USJ.

“Selain itu, pemandu boleh menggunakan Lebuhraya Pantai Baru terus ke Persiaran Tujuan dan USJ.

“Kenderaan dari Lebuhraya KESAS dari arah Kuala Lumpur masuk ke Susur Pertama (USJ 1) (selepas bayar tol Sunway KESAS) terus ke Persiaran Subang Mewah, Persiaran Subang Indah dan Destinasi USJ,” katanya dalam kenyataan.

Justeru, beliau berharap laluan alternatif itu dapat memudahkan pemandu yang menuju ke USJ, sekali gus melancarkan perjalanan ke destinasi.


Pengarang :