GLOBAL

Taufan Mangkhut: Angka korban meningkat kepada 81 mangsa

MANILA: Angka korban akibat Taufan Mangkhut meningkat kepada 81 mangsa dengan puluhan lagi dipercayai masih tertimbus, kata pihak berkuasa.

Kerja mencari dan menyelamat mangsa yang dijangka mencecah angka tiga dipergiat hari ini.

Selain memusnahkan kawasan pertanian di utara negara itu, Mangkhut turut meranapkan kediaman ketika membadai wilayah terbabit hujung minggu lalu yang membawa angin kencang dan hujan lebat.

Sejak itu, jumlah korban meningkat kebanyakannya mayat yang ditemui dari tanah runtuh di bandar perlombongan Itogon di mana berpuluh lagi dipercayai masih tertimbus.

“Merujuk senarai itu, saya dapati 59 orang masih hilang di Itogon,” kata ketua pertahanan awam, Ricardo Jalad.

Taufan paling kuat tahun ini itu, turut melanda Hong Kong dan mengorbankan empat orang di wilayah Guangdong, di selatan China.

– AFP

 


Pengarang :