NASIONAL

34,892 anggota KEADILAN Wilayah Persekutuan pilih kepimpinan hari ini

KUALA LUMPUR, 7 OKT: Proses memilih kepemimpinan PKR bagi Wilayah Persekutuan bermula hari ini melibatkan 34,892 anggota dari 13 cabang parti itu seawal pukul 10 pagi dan dijangka berakhir pukul 5 petang.

Cabang berkenaan ialah Kepong, Batu, Wangsa Maju, Segambut, Setiawangsa, Titiwangsa, Bukit Bintang, Lembah Pantai, Seputeh, Cheras, Bandar Tun Razak, Labuan dan Putrajaya.

Willayah Persekutuan merupakan negeri keenam yang melaksanakan proses pemilihan yang pertama kali menggunakan sistem ‘e-undi’.

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :