BERITA UTAMASELANGORSUKANKINI

Amirudin antara penasihat terbaik bola sepak Selangor – TMJ

OLEH NADIAH ZAMLUS

KUALA SELANGOR, 10 NOV: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari disifatkan antara individu terbaik yang boleh memberikan pandangan terhadap Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), titah Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menerusi twitter, baginda bertitah, Amirudin mempunyai pengalaman dan semangat dalam membangunkan arena bola sepak, di Selangor.

Baginda bertitah demikian apabila diminta mengulas berkenaan kemelut yang melanda FAS oleh salah seorang pengikutnya, di laman sosial itu.

TMJ turut menasihatkan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah supaya tidak terpedaya dan mudah tunduk dengan ‘jerung’ yang cuba mengambil kesempatan atas dasar peribadi baginda.

Sementara itu, Amirudin yang ditemui pada Majlis Semarak Muafakat Anggota KEADILAN Kuala Selangor di Hotel De Palma, di sini, malam tadi menjunjung kasih pengiktirafan TMJ.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa memberikan pandangan kepada Tengku Amir khususnya berkenaan pembangunan FAS dari semasa ke semasa.

“Namun, saya menghormati setiap keputusan dibuat baginda, biarlah baginda mencorakkan masa depan bola sepak di negeri ini.

“Saya akan terus memberi sokongan sepenuhnya untukbaginda melakukan perubahan supaya kemelut FAS tidak berpanjangan,” katanya.


Pengarang :