Kesihatan Muhammad Adib semakin merosot, IJN masukkan semula sistem VV-EMCO | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Kesihatan Muhammad Adib semakin merosot, IJN masukkan semula sistem VV-EMCO

KUALA LUMPUR, 16 DIS: Keadaan kesihatan Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera parah dalam pergaduhan di Kuil Sri Maha Mariamman, semakin merosot dan fungsi paru-parunya mengalami penurunan beransur-ansur sejak 24 jam lepas.

Institut Jantung Negara (IJN), dalam kenyataan berhubung perkembangan terkini Muhammad Adib berkata selepas menjalankan penilaian menyeluruh, paru-paru anggota bomba itu didapati menunjukkan tanda-tanda konsolidasi dan pengerasan tisu, justeru menjadikan pertukaran gas tidak berkesan.

“Ini adalah akibat daripada kecederaan awal yang teruk pada paru-parunya. Pada masa sama, fungsi buah pinggangnya juga tidak menunjukkan peningkatan di mana beliau terus memerlukan sokongan dialisis,” menurut kenyataan itu.


Berikutan perkembangan itu,dan selepas perbincangan pasukan pelbagai disiplin, IJN berkata keputusan dicapai untuk memasukkan semula sistem Veno-Venous ECMO pada jam 9 malam tadi untuk membantu keperluan sistem pernafasannya.

“Muhammad Adib sedang tenat. Berikutan keadaan Muhammad Adib itu, kunjungan ke atasnya dihadkan. Kami menggesa semua rakyat Malaysia terus berdoa agar Muhammad Adib segera sembuh,” jelas kenyataan itu.

SUMBER: BERNAMA

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next