SELANGOR

SAOW di AEON Bukit Rimau 2 Februari ini

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 29 JAN: Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheels (SAOW) akan beroperasi di Aeon Bukit Rimau, Seksyen 32 di sini, pada 2 Februari ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, SAOW adalah kemudahan disediakan MBSA untuk orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Pejabat bergerak yang mula beroperasi bermula dari jam 11 pagi hingga 5 petang itu menyediakan kemudahan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, jualan kupon parkir dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Melalui perkhidmatan itu, MBSA turut berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan Majlis untuk manfaat masyarakat.


Pengarang :