WCB 2019 medan terbaik capai 7.7 juta pelancong | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

WCB 2019 medan terbaik capai 7.7 juta pelancong

OLEH SHEEDA FATHIL

SEPANG, 19 FEB: WorldChef Battlefield (WCB) 2019 menjadi landasan terbaik bagi merealisasikan hasrat Selangor mencapai sasaran kehadiran 7.7 juta pelancong ke negeri itu, pada tahun ini.

Pengurus Besar Tourism Selangor, Noorul Ashikin Mohd Din berkata, ia ekoran program berprestij itu membabitkan peserta dari seluruh pelusuk dunia.


“WCB 2019 salah satu program yang perlu kita promosikan kerana ia bakal memberi impak besar bukan sahaja kepada Tourism Selangor, malah kepada ekonomi negeri.

“Kita komited untuk menawarkan produk pelancongan dengan harapan supaya mereka akan hadir lagi ke Selangor, pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pelancaran WCB 2019 ‘Battle Of The Master’, di Hotel Movenpick dan Pusat Konvensyen KLIA, di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

Pada masa sama, katanya, Tourism Selangor akan menganjurkan ‘post tour’ kepada peserta WCB 2019 untuk membolehkan mereka merasai sendiri pengalaman berada di Selangor.

Terdahulu, WCB 2019 mengumpulkan chef professional dari seluruh dunia untuk bersaing dalam pertandingan masakan, bermula dari 4 hingga 7 April ini, di Hotel Movenpick dan Pusat Konvensyen KLIA.

Pertandingan julung kali itu menampilkan 16 chef profesional dari pelbagai negara merangkumi empat dari Malaysia; enam (Benua Asia) dan enam terdiri dari benua Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika serta Australia.

Setiap pasukan itu akan berentap bagi merebut gelaran juara WCB 2019, sekali gus bakal membawa pulang hadiah wang tunai USD12,000 (RM49,570).

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next