Laluan baharu Bas Smart Selangor bantu penduduk ke hospital | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Nurul Farina Nazlan

Norway

Wartawan

Nadiah Zamlus

Laluan baharu Bas Smart Selangor bantu penduduk ke hospital

OLEH NADIAH ZAMLUS

SERI KEMBANGAN, 11 MAC: Penduduk Seri Kembangan bakal menarik nafas lega ekoran laluan baharu Bas Smart Selangor bakal memudahkan mereka berkunjung ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan.

EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, penduduk tidak lagi runsing untuk menggunakan kenderaan sendiri ekoran kawasan hospital kekurangan tempat letak kereta.


“Sebelum ini, sudah ada bas Smart Selangor ke Hospital Serdang iaitu menggunakan laluan SJ04 iaitu dari Serdang hingga ke hospital, namun ada beberapa laluan yang tidak dapat menghubungkan laluan bas ini sehingga menyukarkan penduduk.

“Kerana prihatin dengan permintaan penduduk, Kerajaan Negeri mewujudkan laluan baharu yang dipanggil SJ05 bermula dari Taman Equine seterusnya boleh berhubung dengan laluan SJ04. Oleh itu, penduduk boleh terus sampai ke hospital tanpa rasa bimbang lagi,” katanya kepada media.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan perkhidmatan bas Smart Selangor Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi laluan baru SJ05, di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Mohammad Zulkurnain Che Ali; Ahli Dewan Negeri Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah dan Ketua Pegawai Eksekutif Bas Rapid, Muhammad Yazurin Sallij Muhammad Yasin.

Sementara itu, Hian Wah berkata, beliau berharap supaya penduduk menggunakan perkhidmatan bas baharu itu sebaik mungkin.

“Gunakan kemudahan yang diberi secara percuma ini dan saya berharap supaya penduduk tempatan lebih peka dengan kemudahan Bas Smart Selangor, di kawasan pentadbiran MPSJ.

“Saya juga berharap supaya pada masa depan MPSJ akan memperuntukkan laluan baharu yang lain, sekali gus menaikkan jumlah pengguna bas ini, pada masa hadapan,” katanya.

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next