i-Play Park tarikan terbaharu Damansara Damai | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Nor Umirah Izrin

i-Play Park tarikan terbaharu Damansara Damai

OLEH IZRIN MOHAMAD SAID

PETALING JAYA, 21 APRIL: i-Play Park, sebuah taman rekreasi semula jadi yang terletak di Damansara Damai kini menjadi tarikan terbaharu orang awam khususnya warga Petaling Jaya.

Taman reakreasi berkonsepkan “People’s Park” itu merangkumi keluasan 19.64 hektar bagi menampung keperluan aktiviti riadah dan reakreasi.


Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Mohd Sayuthi Bakar berkata, taman rekreasi itu boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan gaya hidup sihat dan interaksi sosial dalam kalangan penduduk.

“Secara tidak langsung, kewujudan i-Play Park meletakkan ia sebagai contoh satu kediaman yang menerapkan nilai kekeluargaan, keselamatan dan kesihatan.

“Penambahbaikan daripada sudut reka bentuk semula kemudahan dan susun atur di sini adalah hasil sumbangan idea penduduk untuk membangunkan taman rekreasi ini.

“Justeru, saya berharap penduduk setempat mengambil kesempatan ini untuk menarik pengunjung luar bagi menjalankan aktiviti sihat dan bermanfaat di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Mesra Rakyat DUN Bukit Lanjan, di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong Keat Ping; Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Johary Anuar; Ahli Majlis Zon Satu MBPJ, Suriase A/L Gengiah dan Pengarah Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan, Aznan Hassan.

Sementara itu, Elizabeth berkata, kerjasama semua diperlukan untuk menjaga taman rekreasi itu dan menambahbaik kemudahan yang diperlukan penduduk untuk manfaat jangka panjang.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next