SELANGOR

MPK aktif laksana kitar semula 5R, minyak masak terpakai

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

KLANG, 6 MEI: Majlis Perbandaran Klang (MPK) sentiasa aktif dalam melaksanakan program Kitar Semula 5R (Rethink, Repair, Reuse, Reduce & Recycle) dan Kitar Semula Minyak Masak bagi mengurangkan intensiti pencemaran dan sisa daripada aktiviti perbandaran serta perindustrian.

Yang Dipertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, program terbabit dilaksanakan setiap bulan bagi menggalakkan budaya kitar semula dalam kalangan kakitangannya.

“Program kitar semula yang bermula dengan kempen amalan 3R iaitu konsep asas dalam konteks penjagaan alam sekitar diperluaskan kepada 5R iaitu tambahan kepada Repair (Pembaikan) dan Refuse (Tolak), manakala pada 2016 program ini diteruskan dengan aktiviti minyak masak terpakai.

“Kedua-dua program kitar semula dan minyak masak terpakai yang diadakan pada setiap Jumaat minggu akhir pada setiap bulan mendapat sambutan menggalakkan daripada jabatan-jabatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat MPK 2019, di Dewan Hamzah, di sini, Jumaat lalu.

Hadiah turut disampaikan kepada beberapa jabatan yang memenangi pertandingan bagi kategori Kitar Semula 5R dan Kitar Semula Minyak Masak Terpakai 2018.

Juara bategori Kitar Semula 5R dinobatkan kepada Jabatan Taman & Rekreasi, manakala Jabatan Perancang Bandar & Desa dan Jabatan Perkhidmatan Persekitaran masing-masing kedua dan ketiga.

Sementara itu, Bahagian Audit Dalam menjuarai kategori Kitar Semula Minyak Masak Terpakai, Jabatan Perancang Bandar & Desa kedua dan Jabatan Penguatkuasaka

Jabatan Perancang Bandar & Desa pula diangkat selaku pemenang kategori Utama selepas mengumpul 1,480.20 kilogram barangan kitar semula 5R dan minyak masak terpakai.

 

 

 


Pengarang :