Pemergian Faziani kehilangan besar industri produk halal | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Pemergian Faziani kehilangan besar industri produk halal

KOTA BHARU, 19 MEI: Persatuan Pengguna Islam Kelantan (PPIK) menyifatkan pemergian pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad yang maut dalam kemalangan dengan sebuah lori di Pattani Thailand, semalam sebagai kehilangan besar kepada industri produk halal di negara ini.

Yang Dipertua PPIK Datuk Seri Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani berharap usaha yang dilakukan oleh Allayarhamah itu dapat diteruskan oleh pewarisnya bagi membangun industri produk halal negara.

Dalam kejadian semalam, Faziani Rohban maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah, manakala suaminya, Shah Rizal Ibrahim hanya cedera ringan.


Mohd Fared berkata, beliau dan PPIK menyifatkan Allayarhamah seorang wanita yang sabar dan berdedikasi dalam kerjanya walaupun menghadapi pelbagai cabaran.

“Allaharyamah telah berjaya menaikkan martabat produk muslim dan seorang usahawan yang disenangi oleh masyarakat. Salam takziah buat keluarga dan semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat,” katanya kepada Bernama.

– BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next