Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 29 MEI: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat hari ini ekoran kelemahan permintaan akibat faktor sentimen ekonomi global yang terus merencatkan selera pelabur, kata peniaga.

Pada 9 pagi ini, ringgit turun ke paras 4.1900/1940 berbanding dolar US daripada 4.1870/1900 sewaktu ditutup pada Selasa.

Seorang peniaga berkata ketidaktentuan yang berlanjutan membabitkan perang dagangan Washington-Beijing menyebabkan kebanyakan pelabur memilih aset selamat seperti dolar US dan yen Jepun.


Malah, kelembapan ekonomi China juga menyebabkan yuan susut berbanding mata wang serantau lain, termasuk ringgit yang turut dipengaruhi oleh prestasi yuan.

Selain itu, penurunan harga minyak juga hanya menjejaskan lagi ringgit yang mana penanda aras minyak mentah Brent didagangkan 0.44 peratus lebih rendah kepada US$68.37 setong pada masa ini.

Selain itu, ringgit turut diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0369/0409 daripada 3.0396/0420 yang dicatat pada Selasa dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.8335/8382 daripada 3.8283/8321.

Unit tempatan itu susut berbanding pound Britain kepada 5.3024/3079 daripada 5.2986/3045 namun mengukuh berbanding euro kepada 4.6790/6855 daripada 4.6844/6899.

-BERNAMA​

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next