SELANGOR

Temui SAOW di Aeon Big Bukit Rimau Sabtu ini

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

SHAH ALAM, 2 MEI: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan membuka operasi Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheel’ (SAOW) di perkarangan tempat letak kereta Pasaraya AEON Big Bukit Rimau, Seksyen 32, pada Sabtu ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, perkhidmatan yang memudahkan orang ramai berurusan pada hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter itu bermula jam 11 pagi hingga 5 petang.

“Shah Alam On Wheel ini akan menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, serta jualan kupon parkir,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya berharap melalui perkhidmatan terbabit MBSA dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan untuk manfaat masyarakat.

 

 


Pengarang :