NASIONAL

15 pelajar di Pasir Gudang alami simptom muntah-muntah, sesak nafas

 

PASIR GUDANG, 20 JUN: Sekurang-kurangnya 15 pelajar Sekolah Agama Taman Mawar, di sini, dilaporkan mengalami simptom muntah-muntah dan sesak nafas.

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Ibrahim Omar berkata pihaknya menerima panggilan jam 3.39 petang tadi berhubung pencemaran udara.

Katanya, dua unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya Pasukan Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, didapati benar berlaku pencemaran udara,” katanya operasi menyahcemar masih dijalankan.

 

Foto : Viral Media Sosial


Pengarang :