AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di enam daerah Selangor, KL hingga 9 malam

SHAH ALAM, 27 APRIL: Hujan lebat, angin kencang dan ribut petir diramal melanda Kuala Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang hingga 9 malam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama turut melanda Kuala Lumpur, Putrajaya, Pulau Pinang, Melaka dan beberapa kawasan di Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Johor.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :