Op Selamat: 20 kematian direkodkan pada 1 Syawal | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Op Selamat: 20 kematian direkodkan pada 1 Syawal

KUALA LUMPUR, 6 JUN: Sebanyak 20 kematian yang membabitkan kemalangan jalan raya direkod Op Selamat pada 1 Syawal di seluruh negara.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Asmawati Ahmad berkata sejak dilancarkan 29 Mei lepas, sejumlah 13,316 kemalangan jalan raya melibatkan 18,854 kenderaan dilapor dalam tempoh lapan hari.

Beliau berkata, seramai 140 orang maut akibat kemalangan jalan raya dalam tempoh itu.


“Semalam, empat kematian dilaporkan masing-masing di Kedah, Perak dan Johor manakala tiga kematian di Selangor, dua kematian di Pahang dan masing-masing satu kematian di Negeri Sembilan, Kelantan dan Sabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sehingga semalam, sebanyak 2,385 jumlah operasi telah dijalankan di seluruh negara dengan 182,755 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, katanya.

Tambahnya, bagi kes pecah rumah dan premis pula, 334 kes direkod dalam tempoh lapan hari Op Selamat di seluruh negara.

Op Selamat 15 hingga 12 Jun ini memberi tumpuan kepada enam kesalahan utama iaitu memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit, memotong barisan, memandu laju dan tidak mematuhi lampu isyarat.

– BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next