AGENDANASIONAL

Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR, 16 OGOS: Bursa Malaysia dibuka lebih rendah hari ini apabila pelabur menunggu pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua oleh Bank Negara Malaysia petang ini.

Bagaimanapun, pasaran yang lebih luas adalah positif dengan kaunter naik mengatasi kaunter turun sebanyak 104 berbanding 66 dengan 126 kaunter tidak berubah, manakala 1,634 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Sejumlah 50.60 juta saham bertukar tangan bernilai RM25.61 juta.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.83 mata kepada 1,596.46, di bawah paras sokongan psikologi 1,590 berbanding 1,600.29 penutup semalam.

Indeks itu dibuka 2.23 mata lebih rendah pada 1,598.06.

-BERNAMA


Pengarang :