Jokowi dan isteri, Iriana Joko Widodo tiba di Kompleks Bunga Raya KLIA sempena lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula hari ini. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Jokowi tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari

SEPANG, 8 OGOS: Presiden Indonesia, Joko Widodo, tiba di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi dua hari di Malaysia.

Pesawat khas dari Bali yang membawa Joko atau lebih dikenali sebagai Jokowi, bersama isterinya Iriana Joko Widodo, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pada 7.50 malam.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menyambut ketibaan Jokowi di Kompleks Bunga Raya, yang turut disertai Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Rusdi Kirana.

Jokowi dan isteri kelihatan segak dengan pakaian tradisional Bali berwarna merah manggis.

Ini adalah lawatan rasmi pertama Jokowi selepas dilantik semula bagi penggal kedua pada Pilihanraya Presiden, pada 17 April lalu.

Lawatan itu dijangka mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang sedia terjalin antara Malaysia dan Indonesia.

Acara sambutan rasmi akan berlangsung pagi esok di Dataran Perdana, disusuli mesyuarat bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan kerjasama dua hala, di samping bertukar pandangan berhubung isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

-BERNAMA


Pengarang :