EKONOMI

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil

KUALA LUMPUR, 2 OGOS: Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil hari ini dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dianggarkan berjumlah RM25.88 bilion dalam sistem konvensional dan RM18.06 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan mengeluarkan dua tender pasaran wang konvensional yang terdiri daripada RM2 bilion untuk tujuh hari dan RM1 bilion bagi 14 hari selain tender Qard lelongan julat tempoh matang Islam RM4.7 bilion untuk tujuh hari hingga 33 hari.

BNM juga akan menawarkan Bil Antara Bank Bank Negara Malaysia RM500 juta bagi 91 hari dan Bil Antara Bank Islam Bank Negara Malaysia 500 juta untuk 30 hari.

Pada 4 petang, BNM akan mengendalikan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM22.9 bilion dan tender semalaman Murabahah RM13.4 bilion. – BERNAMA


Pengarang :