AGENDAEKONOMI

Kadar jangka pendek kekal stabil susulan operasi BNM

KUALA LUMPUR, 2 OGOS: Kadar jangka pendek ditutup stabil hari ini dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM21.30 bilion daripada RM25.88 bilion pada sebelah pagi, manakala dalam sistem Islam, ia susut kepada RM13.50 bilion daripada RM18.06 bilion.

Terdahulu hari ini, BNM menawarkan dua tender pasaran wang konvensional, satu tender Qard lelongan julat tempoh matang Islam, Bil-bil Antara Bank Bank Negara Malaysia dan satu Bil-bil Islam Antara Bank Bank Negara Malaysia.

Pada 4 petang, bank pusat melaksanakan tender pasaran wang konvensional RM21.3 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM13.4 bilion, kedua-duanya bagi wang tiga hari.

Kadar faedah semalaman Islam purata berada pada 2.96 peratus manakala kadar seminggu, dua minggu dan tiga minggu masing-masing disandarkan pada 3.03 peratus, 3.07 peratus dan 3.12 peratus. – BERNAMA


Pengarang :