AGENDANASIONAL

KPKT cari mekanisme kurangkan insiden lif

MELAKA, 4 OGOS : Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengadakan satu mesyuarat jawatankuasa membabitkan semua pihak yang terlibat bagi mencari mekanisme untuk mengurangkan kes insiden melibatkan lif di negara ini.

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata pihak yang terlibat dengan mesyuarat jawatankuasa itu termasuklah Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Jabatan Sumber Manusia, Jabatan Perumahan Negara serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Kita akan panggil semua pihak berkaitan bagi melihat satu mekanisme yang boleh dipertingkatkan untuk memastikan pematauan dan sebangainya dapat dijalankan dengan baik agar insiden membabitlkan lif dapat dikurangkan,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan kerja di projek pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Klebang hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden lif terhempas di Kampung Kerinchi di Kuala Lumpur terhempas sehingga menyebabkan lapan individu cedera pada Jumaat lepas.

Foto BERNAMA

“Mengikut laporan semua…memang dipantau, diperiksa, disemak pada waktunya dan lif tersebut baru 12 tahun namun sebabnya mereka masih belum tahu dan masih lagi dalam siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, Zuraida berkata, projek PPR Klebang yang terdiri daripada dua blok yang meliputi 255 unit rumah itu dijangka siap sepenuhnya 31 Disember ini setelah beberapa kali projek berkenaan tertangguh atas faktor-faktor tertentu. -BERNAMA


Pengarang :