AGENDAEKONOMINASIONAL

Ringgit dibuka rendah berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 8 OGOS: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US selepas meningkat semula semalam berikutan risiko luaran yang memuncak, terutamanya perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China yang meningkat.

Pada pukul 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.1870/1920 daripada 4.1860/1920 semasa ditutup semalam.

Rakan Pengurusan VM Markets Pte Ltd, Stephen Innes berkata, pasaran sedikit lega, selepas mengetahui rundingan perdagangan dijangka disambung semula.

“Selain itu, harga minyak semasa akan mengurangkan tekanan penurunan ke atas ringgit hari ini,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia susut daripada kenaikannya dan diniagakan pada 3.0268/0315 berbanding dolar Singapura daripada 3.0259/0313, merosot berbanding pound British kepada 5.0868/0945 daripada 5.0814/0903 dan berkurangan berbanding euro kepada 4.36940/7001 daripada 4.6820/6892 semalam.

-BERNAMA


Pengarang :