Gempa itu merosakkan kediaman dan mencederakan puluhan nyawa. Foto BERNAMA
AGENDAGLOBAL

Enam maut, puluhan cedera gempa gegar timur Indonesia

JAKARTA, 26 SEPT: Enam orang terbunuh dan puluhan lagi cedera ekoran gempa bumi berukuran 6.5 magnitud yang melanda wilayah timur Maluku di Indonesia, hari ini.

Gempa itu mencetuskan panik, memaksa penduduk melarikan diri dan mencari perlindungan, kata setiausaha agensi pengurusan bencana kebangsaan di Ambon, Eva Tuhumuri ketika dihubungi agensi berita Xinhua.

Gegaran turut mengakibatkan bangunan rosak termasuk bangunan universiti serta jambatan selain mencetuskan kejadian tanah runtuh.

Gempa berlaku pada 6.46 pagi waktu tempatan, dengan pusat gempa terletak 40 kilometer timur laut Ambon dengan kedalaman 10 kilometer.

-BERNAMA


Pengarang :